Friday, December 31, 2010

** Assalamualaikum buat Sahabat2 Bloggers yg dikasihi **

           SELAMAT  TINGGAL  2010 &  SELAMAT  DATANG  2011
    *********************************************


Semoga segala memori suka dan duka yang lalu akan menjadi kenangan selamanya.


                                                          &


Semoga lembaran tahun baru 2011 akan muncul dengan sesuatu yang lebih indah 


                                         dalam kehidupan kita. InsyaAllah.

Thursday, December 30, 2010

Tamally Maak - I'm Always with You

*********************************
I'm always with you,
And if you are far away,
Your love is always in my heart.

I'm always with you,
You are always in my mind
and in my heart, 
I always miss you even if I'm with you.

I have been longing for you my love,
I always need you and no one else,
and if the whole world surrounds me,
I still need you my love.

I'm always with you,
My heart and soul is always with you,
My precious love , My precious one!.

And if  you are away from me,
You are close to my heart,
You are life in the future and in the present,
And the most beautiful of fates.

Wednesday, December 29, 2010

*Membina Sebuah Masjid*

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Monday, December 27, 2010

Amalkanlah~

Al-Quran Al Kareem ada mengajar kita menjaga
kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para
saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan
bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini
terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala
dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tidak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda
terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya 
makana
n tidak hadam) 


Sama-samalah kita mengamalkannya.......
Sabda Nabi SAW: Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan, InsyaAllah.. Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

WalluA'lam dan Wassalam.

Friday, December 24, 2010

Mukjizatnya Azan!!

Pesanan  Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti  menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa  kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa....  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul  maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. 
"Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,  jangan berkata apa-apa pun semasa azan  berkumandang.
Sebagai orang  beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang  berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan  kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah  kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian  kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. 
Amin..amin..amin  Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD  S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3  tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)    Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi  orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan  ibadahnya.
2)    Merahsiakan  sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg  menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3  tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan  keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)     Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali,  bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi  dirinya.
2)     Menghisab  dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah  s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

** Sebuah Doa & Harapan **

Dalam diam kupanjatkan doa dan harapan
Semoga Tuhan melapangkan cita dan cintamu
Semoga kau tak pernah lupa
Pada jalinan persahabatan
Yang erat milik kita...

Sahabat sejati sukar dicari
Pandai pula menjaga hati
Bersetia ia sepenuh jiwa
Merendah diri menabur bakti
Gemar gembira dapat bersama
Berpesan- pesan tanda ingatan
Bagai pelita penunjuk jalan
Tidak lupa sebagai bekalan....

Berbangga ia engkau berjaya
Tanda ia ikhlas dan jujur
Penganti sunyi teman berhibur
Tidak berkira kederat upaya
Dicuba juga selagi terdaya.....

Tidak lekang namamu diulang
Dalam do'a engkau dijulang
Sedang engkau tidak ketahui
Kerana ia hasrat peribadi
Tidak mengharap ia dipuji
Tersemat dihati ikatan suci

Tidak ia berbelah bagi.......

Thursday, December 23, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

* Happy Belated Birthday Honey!*

Salam Dear Honey (Princess Balqis)
So sorry for mama's belated Birthday wish for you, in mama's blog.
16th December 1993, you are my Sweet 17 Princess, Mama always pray for all the best to come into your life and pray for all your good dreams to come true. May Allah will shower you with HIS Love & Guidance through all your life time. A Year older, a year wiser, every year getting prettier, and be smarter in making life decision based on AlQuran & Assunnah.Remember that Islam Is The Most Perfect & Beautiful Way of Life for all of us my dear!

Salam 'Maal Hijrah 1432' & Selamat Tahun Baru 2011


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Dari 1431................> 1432;



Semuanya sudah pasti telah merancang;
Semuanya sudah pasti pernah gagal dalam perancangan;
perancangan untuk merubah diri dari manusia ke tahap insan... Enhanced by Smiley Central..
apa yang pasti untuk berubah perlukan disiplin & istiqomah serta mampu menelan kepahitan sebelum menikmati kemanisan.

Salam Maal Hijrah buat semua sahabat2 dikasihi sekalian...
Semoga kita perbaiki dan pertingkatkan Amal ibadah kita dari sebelum nya.InsyaAllah...

Dan lagi beberapa hari berakhirnya tahun 2010, Tahun 2011 muncul dgn azam yg baru.
Ucapan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua.