Friday, February 10, 2012

Suamiku, Aku Mencintaimu KeranaNYA.

Suamiku, Aku Mencintaimu

Suamiku...

Masih ingatkah kau, saat pertama kali kita terikat halal oleh kecintaan kerana Allah subhanahu wata'ala?.

Kita melihat antara satu sama lain dengan begitu sempurna, menyenangkan dan membahagiakan.

Rasanya begitu abadi kebahagiaan yang kita cita- citakan. Hari- hari selanjutnya adalah perjalanan pergantian suka dan duka, dan kebahagiaan atau konflik senantiasa melingkupi hubungan hati.

Suamiku...

Saat suatu hari kau menemukan sikapku menyentuh dan mengusik batinmu...

Mohon sedikit perhatian dari hatimu. Jangan kau sedih dengan tangisan manja dari wanitamu ini. Bukan bermaksud menyukarkan, namun sekadar mencari cara lain mendapatkan perhatian, kerana kosongnya satu sisi hati yang minta untuk lebih dimanjakan oleh seorang lelaki yang begitu dikaguminya.

Mengapa Allah menjadikan kau suami, dan bukan sebaliknya? Kau telah ditakdirkan Allah menjadi suamiku, yang bererti akan lebih berhak dalam membimbingku. Yakinlah itu suamiku, dan janganlah bersikap dengan keegoan
 seorang lelaki, namun fahamilah kelemahanku sebagai seorang wanita.


Hanya dengan kelembutan, kasih sayang, serta nasihat penuh kesabaran namun tegas, yang dapat dengan mudah meluruskan sikap isterimu .Cubalah untuk mamahami isi hati isterimu yang lemah ini.

Suamiku...

Saat suatu hari kau terdengar kata- kataku yg menyentuh hati ...
 Namun, hal itu juga membahagiakan para isteri kerana secara sedar dia bersyukur bahawa ada seorang manusia yang ternyata begitu sangat mencintai dan memahaminya...

Suamiku....

Ampuni isterimu atas kekurangan yang dikurniakan Allah kepadaku. Mohon jangan tutup pintu hatimu dengan ketidakredhaanmu mu atasku. Jangan buat para bidadari di syurga menggantikan tempatku dan memilikimu kelak. Sungguh hal itu akan menyedihkan bagiku.

Suamiku...

Kau gagah, ketika kau bijak meletakkan kelembutan dan senyum saat mendidik isterimu. Kau berwibawa, saat nada bicaramu menggambarkan ketulusan dan kemurniaan niatmu dalam menasihati dan mendidikku.  Kau kuat, saat menerima dengan ikhlas tentang kelemahan isterimu.

Suamiku, kaulah idolaku...

Suamiku, kaulah idolaku, yang halal bagiku. Dan aku ingin selalu mengagumimu. Hanya kau. Maka aku berharap, didiklah dirimu agar indah untukku dan dihadapanku, dan didiklah aku agar aku mengerti tentang keindahan itu. Supaya aku belajar tentangnya dan tentang kebaikan.Supaya aku dapat dengan tulus berterima kasih kepada Allah atas kurniaan insan sepertimu, supaya aku dapat meneduhkan diri dan mencukupkan jiwa denganmu, supaya aku dapat dengan batin yang tulus menyatakan "Suamiku, Aku mencintaimu.."

No comments:

Post a Comment